“Rupanya Allah S.W.T Tunjuk Kekuasaannya Di Tanah Suci Mekah, Hadiah Yang Sangat Bermakna.”- Mua Bellaz Bakal Menimang Cahaya Mata.

“Alhamdulillah Yusuf bakal jadi abang” luah gembira suami kepada juru solek dan usahawan terkenal, Mua Bellaz.

Menurut Anuar Ahmad atau lebih mesra di sapa Mat Nuart, Bellaz pernah membuat ujian kehamilan (Urine Pregnancy test) semasa berada di Malaysia. Tetapi ujian tersebut menunjukan satu garis/negatif. Kemudian ujian UPT kali kedua dibuat ketika mereka sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

“Masa di Malaysia check negatif. Rupanya Allah S.W.T tunjuk kekuasaannya di tanah haram ini…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah..”

Dalam pada itu, Mat Nuart mengatakan bahawa berita gembira ini merupakan hadiah yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga. Beliau juga sempat titipkan doa buat semua yang belum dikurniakan zuriat semoga dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat.

“Hadiah yg sngt bermakna di bumi Makkah….tiada daya selain pertolongan dan pemberian Allah S.W.T…..Ya Allah dibumi yANg barakah ini kau kurniakanlah zuriat buat umat nabi muhammad SAW yang belum engkau berikan…aminnn”

Menerusi perkongsian Mua Bellaz di laman Instagramnya pula, dia bersyukur serta gembira dengan rezeki yang dikurniakan dan memohon doa ramai agar kandungan selamat. Tambahnya lagi, sejak sampai di Tanah Haram, dia tidak ada selera untuk makan nasi arab memandangkan di hotel hanya dihidang nasi arab.

“Assamualaikum doa baik-baik Insyallah rezeki … Allahuakbar 👶🍼 patutlah tengok nasi arab tak lalu nak makan 😅”

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan Mua Bellaz dipermudahkan.

Tahniah buat Mua Bellaz sekeluarga atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Selepas ini berenam pula ya! Semoga Mua Bellaz dan bayi dalam kandungan diberikan kesihatan berpanjangan!

Kredit: Mua Bellaz

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *