Dialog Bell Ngasri Telah Buka Mata Banyak Pihak. Ada Betulnya Dialog Dilontarkan Bell Ngasri Itu. Beliau Sudah Lama Berkecimpung Dalam Industri Seni.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz titip harapan supaya pelakon dan pelawak berbakat, Bell Ngasri seharusnya diberikan anugerah sepanjang hayat atas jasanya dalam bidang seni.

MAHU BELL NGASRI DAPAT ANUGERAH SEPANJANG HAYAT

Melalui posting di Instagram, Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan khidmat dan jasa yang luar biasa besar kepada industri seni serta berharap pihak Festival Filem Malaysia akan memberikan anugerah dan penghormatan kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak dari tahun 1990 lagi.

“Hope jugak @officialffm31 angkat bakat anak seni @bellngasri sebagai anugerah sepanjang tahun.. Jasa beliau pada industri sangat besar. Mohon pandang jasa beliau pada industri sekian lama dia dalam dunia seni ini. Hope ada sinaran untuk anak-anak seni tanahair..Aminn”-Fizz Fairuz

AKUI TIDAK PERNAH MENANG ANUGERAH SEJAK KECIL

Dialog Bell Ngasri Telah Buka Mata Banyak Pihak. Ada Betulnya Dialog Dilontarkan Bell Ngasri Itu. Beliau Sudah Lama Berkecimpung Dalam Industri seni

Umum sedia maklum, pada minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM21) yang lalu, Bell Ngasri telah menjadi perhatian selepas melontarkan dialog bahawa beliau tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah menjadi pelakon dan pelawak sejak dari kecil lagi, dalam segmen pertama pertandingan tersebut yang bertemakan Majlis Keraian.

“Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun.”-Bell Ngasri

Dialog Bell Ngasri Telah Buka Mata Banyak Pihak. Ada Betulnya Dialog Dilontarkan Bell Ngasri Itu. Beliau Sudah Lama Berkecimpung Dalam Industri seni

Selain itu, satu lagi dialog Bell Ngasri yang telah membuka mata banyak pihak adalah apabila dia menyebut sudah lapan kali menyertai Maharaja Lawak Mega dan tujuh kali telah tersingkir awal.

“Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi.”-Bell Ngasri

Ada betulnya dialog yang telah dilontarkan oleh Bell Ngasri itu. Dia sudah lama berkecimpung dalam industri seni tetapi masih tiada pihak terlibat yang menghargai bakatnya…

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *